Macam mana nak mula dgn Shutterstock?
Macam mana nak mula dgn jual gambar di Shutterstock?
Pertama sekali mestilah daftar dulu akaun Shutterstock di https://contributor-accounts.shutterstock.com/ sebagai contributor atau penyumbang ya, bukan sebagai pembeli. Tak sama ni.
Kemudian buka akaun pembayaran jika belum ada. Buka akaun PayPal kerana duit bayaran akan dimasukkan ke sini.
PayPal ni ada lesen daripada Bank Negara Malaysia, jadi boleh terjaminlah keselamatan dia.Akaun PayPal ni boleh juga digunakan untuk dapat duit dari YouTube, Google AdMob / AdSense dan lain2. Bukan untuk dapat duit je, nak buat pembayaran pun boleh. Tapi kena link ke akaun bank tempatan lah.
Jadi buka akaun jenis Personal. Item yg diperlukan antaranya ialah email, nombor phone dan maklumat akaun bank.
Setelah berjaya buka akaun Pay Pal barulah kita setkan kaedah payment dalam Shutterstock.
Lepas tu join lah mana2 FB group Shutterstock di Malaysia untuk mempelajari selok belok menjual gambar di SS. Bila dah join grup, bacalah dulu post2 yang telah dikongsikan oleh mereka yang telah lama atau otai2 SS di Malaysia.
Antara grup2 FB di Malaysia yg boleh disertai oleh BBNU SS.
1. Shutterstock Malaysia Contributor FB
Boleh juga ikuti perkongsian mengenai Shutterstock menerusi YouTube channel Microstockers Malaysia di https://youtube.com/channel/UC6Xi3mLLP0D3yxLu5rVyL7Q
Ataupun baca topik2 dlm blog ini.
Boleh tanya diri sendiri dulu sebelum pergi lebih jauh - https://bbnujualgambar.blogspot.com/2021/02/senarai-semak-seorang-contributor.html
Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan