Selepas gambar dah approved...

Dah berjaya upload imej (gambar, ilustrasi atau video) , jadi apa langkah seterusnya?




Buatlah kajian bagaimana org luar dapat tengok imej kita. Kalau dia orang tak dapat tengok macam mana dia orang nak beli, betul tak?

Caranya mereka akan guna fungsi Search dlm Shutterstock.

Jadi, letakkan diri anda di tempat mereka. Apakah perkataan2 yg akan dimasukkan ke dalam kotak Search berkenaan. Macam Google jugalah. Kalau perkataan2 nya betul, cepat je kita dapat maklumat yg dikehendaki. Setuju?

Lihat contoh utk portfolio saya ini - https://www.shutterstock.com/g/Zumaidi?rid=291886933&utm_medium=email&utm_source=ctrbreferral-t-link


Saya upload ilustrasi corak abstrak yg sesuai utk dijadikan wallpaper phone atau komputer. Ilustrasi ini juga sesuai sebagai design fabrik, wallpaper, beg kertas atau kertas pembalut hadiah dan juga background utk slide.

Jadi saya agak bakal pembeli yg berminat akan masukkan perkataan2 berikut 'Abstract pattern background lines horizontal vertical'.

Hasilnya, ada lebih dari 160 ribu imej yg menepati carian tersebut. Kalau dibandingkan dgn jumlah imej di SS iaitu 350 juta, saya rasa ini agak baik.

Dan imej saya berada di muka surat ke 2 daripada 1692 muka surat. Ini juga agak baik kerana bakal pembeli tak perlu nak pergi hingga mukasurat terakhir. Rasanya ada ke yg sanggup nak tengok sebanyak 1600 muka surat?

Berdasarkan maklumat ini, kita boleh belajar apakah description atau tajuk yg digunakan utk imej2 yg berada di muka surat awal. Tengok imej tersebut dan tengok tajuk dan keyword yg digunakan.

Gunakan maklumat ini utk perbaiki description dan keyword imej2 kepunyaan kita pula. Ini supaya imej2 tersebut lebih cepat dijumpai oleh bakal pembeli.

Dan disamping itu baikilah kualiti dan tambah lagi jumlah imej. Dikatakan kita kena ada lebih 1000 imej barulah akan dapat hasil yg berbaloi.

Di sini saya kongsikan 7 video Tutorial aplikasi Snapseed (percuma) yg saya buat di YouTube. Snapseed ini boleh memperbaiki dan mengelokkan gambar2. (Dan jangan lupa utk SUBSCRIBE channel saya ya. Buat video di YouTube pun boleh dapat duit juga. ha ha ha)

Sila ke sini -
https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZkBAhDUcEafTIUr7YF-bx2K

Tulisan ini adalah pendapat saya sahaja, mungkin senior2 SS kat group ini boleh berkongsi sama pengetahuan mereka.

Semoga bermanfaat.

Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Tempat jual gambar selain Shutterstock