Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari oleh pembeli ?

Cara yang paling efektif ialah peka kepada perkembangan dunia. Ketahui apa perkara atau peristiwa yang sedang hangat dibincangkan atau apa event yang akan dijadualkan akan berlaku.

Mengapa perlu buat begini? Ada dua sebab utama. Pertamanya untuk kita kemaskini keyword atau description imej yang kita dah upload.

Contohnya, kita ada gambar makanan popular orang Malaysia seperti murtabak. Jika bulan Ramadan semakin menghampiri, kemungkinan besar ada orang yang mencari gambar murtabak kerana ia salah satu makanan favorite berbuka puasa. 


Jadi, jika keyword Ramadan tiada dalam senarai keyword imej Murtabak kita itu, mungkin ianya tidak akan dijumpai. Oleh itu, kita kena updatelah. Buang keyword yang kurang relevan dan masukkan perkataan Ramadan. Jadi apa yang kita buat ialah membesarkan peluang untuk imej murtabak kita dijumpai melalui pencarian oleh bakal pembeli.


Sebab kedua ialah untuk kita hasilkan imej yang bakal ada permintaan. 


Contohnya, jika Hariraya bakal menjelang tiba, pasti adanya permintaan untuk gambar2 yang berkaitan dengan hari yang istimewa untuk umat Islam ini. 


Oleh itu, bolehlah kita buat props seperti pakai baju raya, beli kuih raya, menghias rumah untuk dijadikan photo, video atau illustrasi yang akan diupload. Dan pastikan description dan keyword yang bersesuaian dimasukkan.


Perlu diingat, imej kita adalah seluruh dunia targetnya, bukan untuk pasaran Malaysia sahaja. Jadi, gunakan keyword yang relevan dengan negara luar. Contohnya, di Malaysia popular dengan Aidilfitri tetapi di negara2 lain, istilah Eid Mubarak juga popular. Kena buat research sikit lah.


Selain peka dengan hal antarabangsa, kita juga boleh dapatkan tips dari Shutterstock sendiri. Cuba baca tips yang mereka bagi di Content Brief https://www.shutterstock.com/explore/contributor-content-briefs


Di sini mereka kongsikan trend permintaan imej yang mungkin akan popular serta keyword yang perlu digunakan.


Disertakan contoh imej saya dan keywordnya yang telah dikemaskini berdasarkan tips dari Shutterstock.



Semoga bermanfaat.


Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...