2 Aplikasi di phone yg Penting untuk SS
Ada 2 mobile app yg sangat berguna utk mereka yg ingin berjaya di SS.
Pertama adalah app Shutterstock Contributor. App ini adalah alternatif kpd laman web Shutterstock utk kita upload gambar. Saya percaya semua kita dalam group ni dah install app ini. Betul tak?
Ini link kpd app berkenaan kalau masih belum install - Shutterstock Contributor
App kedua pula ialah app Shutterstock - Stock Photo and Video. Link kpd app ini - Shutterstock - Photo & Video
Apa kegunaan app kedua ini? Ia sebenarnya adalah app utk pembeli mencari imej yg mereka hendak beli. Macam search kat Google lah.
Ini kerana ia boleh membantu kita utk upload gambar2 yg orang nak beli
Macam mana tu?
Sebelum kita upload gambar yg ada dlm simpanan kita, buat search dulu di app ini. Boleh guna perkataan2 tertentu (keyword) atau gambar yg kita dah ada.
Tengok hasil carian tersebut. Kalau dah ada berjuta2 imej yg sama, adalah tidak bijak utk kita upload gambar yg kita dah ada. Kalau hasilnya ratusan imej shj, ha! mungkin peluang utk imej kita terjual adalah cerah.
Langkah seterusnya kaji description dan keyword yg digunakan oleh imej yg di muka surat awal. Gunakan maklumat yg sama utk imej2 kita pulak.
Fahamilah cara Shutterstock beroperasi supaya kita boleh berjaya menjana pendapatan di Shutterstock.
Dan cubalah baca post2 terdahulu daripada Admin dan rakan2 yang lain utk menambah pengetahuan sebelum bertanya.
Begitulah....




Ulasan
Catat Ulasan