Apakah 'genre' kecenderungan anda ?

 Apakah kecenderungan anda? Tanpa ada kecenderungan anda mungkin akan gagal utk capai kejayaan dlm SS.( Itulah pandangan saya)

Ada 3 bidang utama atau genre dlm SS :
- kehidupan
- benda
- pemandangan

Kehidupan merujuk kpd imej atau video mengenai manusia dan haiwan (mungkin juga tumbuhan) dlm menjalani hidup. Ada aktiviti, ada emosi, ada kecantikan, ada peristiwa dan ada mood, ada kesenian dll.

Benda pula ialah objek, barangan, bangunan, tumbuhan atau apa sahaja selain kehidupan. Ada yg boleh digubah, ada yg punyai identiti dan ada yg menarik serta unik.

Manakala pemandangan ialah gambar alam semula jadi, flora dan fauna, susunan struktur yg menarik perhatian dan kadangkala memberi makna berbeza bagi setiap org.

Ketiga2 genre ini boleh dipecahkan kpd beberapa kategori lagi. SS menyenaraikan sebanyak 25 kategori.




Jadi, anda perlu pilih mana satu kecenderungan anda. Mengapa? Ini kerana ia akan :
-membantu anda jadi lebih fokus dan dapat mengabaikan elemen2 yg tidak selari
- membolehkan anda melabur dan lengkapkan peralatan atau prop yg khusus dgn kecenderungan
- merangsang lagi pemikiran dan membina kefahaman yg lebih mendalam terhadap subjek
- mendalami ilmu yg khusus berkaitan kecenderungan sehingga cemerlang
- membina kekuatan dan keyakinan diri kerana ia adalah dlm kawalan anda
- mewujudkan imej atau personaliti tersendiri sehingga dapat membina jenama sendiri

Salah seorang yg berjaya dlm SS, Mirco Carnaby (View Apart) hanya mempunyai 2900 imej tetapi mampu mendapat USD5 ribu setiap bulan. Rahsianya - beliau hanya tumpukan kepada genre atau bidang kehidupan. Hasilnya imej2 beliau menjadi pilihan kerana ia dihasilkan dgn ilmu dan kepakaran bukan sekadar tangkap muat apa yg ada di depan mata.

Anda boleh lihat sendiri - https://www.shutterstock.com/g/viewapart

Ingat! Imej anda perlu bersaing dgn 300 juta yg lain. Oleh itu hanya imej yg
terbaik akan lebih mudah dibeli. Ambil gambar atau buat ilustrasi yg org nak beli, bukan yg kita syok sendiri.

Semoga bermanfaat.

Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?