Asas Jual Gambar Online
Asas Kaedah Jual Gambar di Shutterstock - Siri 1
Shutterstock umumnya adalah tempat pameran. Penjual akan pamerkan hasil kerja mereka seperti gambar photo , ilustrasi atau video (saya gunakan istilah gambar).
Ada gambar yg terjual dan banyak yg tidak terjual bergantung kpd kualiti, kehendak pembeli dan kaedah pemasaran oleh penjual.
Untuk penjual, semakin banyak gambar yg dipamerkan semakin besar peluang utk mendapat jualan.
Berapa banyak gambar2 yg sudah ada di pusat pameran SS? 350 juta gambar. Banyak ke tu? Pada saya terlampau banyak sehingga kita mungkin terfikir apa lagi yg boleh dijual ya? Tetapi kalau betul caranya dan rajin berusaha, InsyaAllah kita boleh mendapat hasil yg berbaloi.
Berapa banyak boleh dapat tu? Setiap gambar yg terjual kita akan dapat USD10 sen. Itu minimum dan secara umum sahaja. Ada juga satu gambar boleh terjual ratusan USD (ada berlaku tapi tak selalu) .
Sekadar bahan perbincangan, Mirko Carnaby, salah seorang yg terkenal di SS, mampu memperolehi lingkungan USD 5 ribu sebulan. Itu adalah cerita yg sangat seronok didengar, kan? Tapi ada juga yg dah lama di SS dan gambar pun dah banyak tapi masih belum dapat walaupun 10 sen. Mengapa tu ?
Mungkin saya akan sambung perbincangan ini di siri seterusnya (bergantung kpd respon pembaca) . Kalau ada kemusykilan atau pandangan, sila isi ruangan komen.
Sekian utk kali ini.
Semoga bermanfaat.
(Gambar sebagai hiasan shj)

Ulasan
Catat Ulasan