Cara buat description atau tajuk gambar
Cara buat description atau tajuk gambar.
Asas adalah 5W dan 1H.
What - apa dia
Where - di mana
When - bila
Who - siapa
Why - kenapa
How - bagaimana
Kesemuanya adalah utk menerangkan tentang gambar yg nak diupload.
Macam kita ceritakan kat orang lain gambar kita masa sekolah rendah tengah beratur kat kantin ambil makanan.
Apa - kita tengah beratur
Di mana - kantin sekolah rendah ABC (nama sekolah), bandar, negara
Bila - 30 Februari 2000
Siapa - kita dan kawan2 dari darjah 3 Mutiara
Kenapa - beratur nak beli nasi lemak
Bagaimana - beratur dlm satu baris sambil tangan kanan pegang bahu kawan depan
Jadi, semua ini dicantumkan jadi satu atau dua ayat. Inilah description.
Kuala Lumpur, Malaysia, 30 Februari 2000. Pelajar sekolah rendah ABC darjah 3 Mutiara sedang beratur dengan tangan kanan orang belakang pegang bahu orang depan untuk membeli nasi lemak di kantin sekolah.
Ini kalau peristiwa, bagaimana kalau objek atau pemandangan? Asasnya sama cuma tak perlu ada semua 5W dan 1H tu.
Contoh gambar tin MILO di atas meja warna biru.
Description - 30 Februari 2000, Kuala Lumpur, Malaysia. Gambar tin serbuk minuman jenama MILO 240 gram kurang gula tanpa susu yang berwarna hijau berlatar belakang meja warna putih di bawah cahaya lampu rumah.
Contoh gambar matahari senja
30 Februari 2000, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Gambar matahari kekuningan sedang terbenam di tepi pantai di waktu senja yang indah dengan ombak laut sedang menghempas pantai.
Nak tahu description tu betul atau tak? Kalau dibaca tanpa tengok gambar pun dah boleh bayangkan. Kalau faham, maknanya tepatlah description gambar berkenaan.
Saya telah menulis sebelum ini tentang pentingnya description atau tajuk yg tepat, betul dan jelas. Fahamkan mengapa kena buat tajuk yg sempurna. Sila search dlm FB ni.
Tapi description yg kita buat tu dalam Bahasa Melayu, SS pula nak bahasa Inggeris. Jadi, macam mana tu?
Gunakan Google Translate ( https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.translate)..
Boleh install kat phone atau guna Internet browser kat phone atau komputer.
Terjemahan 1 :
Kuala Lumpur, Malaysia, 30 February 2000. ABC primary school students grade 3 Mutiara are queuing with the right hand of the person behind holding the shoulder of the front person to buy nasi lemak in the school canteen.
Terjemahan 2 :
February 30, 2000, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. The picture of the yellow sun is setting on the beach at a beautiful twilight with the waves crashing on the beach.
Terjemahan 3:
February 30, 2000, Kuala Lumpur, Malaysia. Picture of a can of MILO brand drink powder 240 grams less sugar without milk in green with a white table background under the light of a house lamp.
Semoga bermanfaat.
(Saya pun BBNU. Kalau salah mohon betulkan)
Ulasan
Catat Ulasan