Contoh pentingnya keyword
Dalam SS, keyword adalah kunci kepada terjualnya gambar, ilustrasi vector atau video footage anda.
Ini kerana pelanggan2 SS (atau mereka yg menggunakan SS utk mencari imej) hanya akan gunakan fungsi search. Hasil carian search adalah bergantung kpd ketepatan dan relevannya keywords.
Kalau perkataan2 yg dicari bertepatan dgn keyword makanya imej berkenaan akan dipaparkan di muka pertama dan kedudukan paling atas.
Ilustrasi saya yg terjual ini dijumpai kerana 3 keyword - ramadan, pattern dan sketch.
Ketiga-tiga perkataan ini bukan sahaja ada di antara 50 keywords yg disetkan, tetapi juga di senarai teratas.
Lantaran itu bila di search, ia dipaparkan sebagai imej pertama. Hasilnya - berlakulah pembelian.
Sebagaimana yg saya pernah tulis, permintaan imej juga bergantung kpd peristiwa atau musim. Memandangkan bulan Ramadan dah dekat, jadi agensi/individu mencari2 imej bersesuaian utk digunakan dlm artikel, blog, penerbitan dsbnya.
Semoga bermanfaat.



Ulasan
Catat Ulasan