Convert PowerPoint JPEG file kpd EPS... percuma!
Convert PowerPoint JPEG file kpd EPS... percuma!
Seperti yg kita sedia maklum, PowerPoint hanya boleh menghasilkan file format JPEG/JPG utk diupload ke SS.
Dalam sesetengah situasi, file ilustrasi format JPG pula kurang di'gemari' kerana kualitinya akan menjadi rendah apabila dibesarkan. Oleh itu file berformat vector EPS dikatakan lebih bernilai kerana kualitinya tak lari apabila dibesarkan.
Tetapi utk menghasilkan file format EPS, kita perlu beli software lain seperti Adobe Ilustrator lantaran PowerPoint tidak mampu pergi lebih jauh.
Kalau begitu, apa pilihan yg ada?
Ya! Ada berita baik kerana ada caranya utk convert atau tukar file JPG kepada EPS dengan percuma.
Saya telah pun mencuba beberapa perisian percuma utk melakukannya. Dan hasil file ilustrasi vector EPS saya sudah berjaya diupload ke SS.
Prosesnya adalah file JPG ditukar ke format SVG. Selepas itu file SVG berkenaan perlu diedit menggunakan 1 lagi perisian utk ditukar ke format EPS.
Penukaran file JPG ke format SVG adalah secara online melalui https://online.rapidresizer.com/tracer.php.
Manakala dari SVG ke EPS menggunakan perisian percuma https://inkscape.org/.
Walaubagaimanapun ada sedikit kelemahan dalam proses ini tetapi hasilnya tetap boleh diterima oleh SS.
Cubalah. Dan boleh kongsi pengalaman anda di sini. Atau jika ada cara yg lebih baik, saya pun nak tahu.
Jangan matikan kreativiti anda kerana hanya tiada jalan. Jika usaha, InshaAllah boleh berjaya.
Semoga bermanfaat.

Ulasan
Catat Ulasan