Macam mana nak mula dgn jual gambar di Shutterstock? Pertama sekali mestilah daftar dulu akaun Shutterstock di https://contributor-accounts.shutterstock.com/ sebagai contributor atau penyumbang ya, bukan sebagai pembeli. Tak sama ni. Kemudian buka akaun pembayaran jika belum ada. Buka akaun PayPal kerana duit bayaran akan dimasukkan ke sini. PayPal ni ada lesen daripada Bank Negara Malaysia, jadi boleh terjaminlah keselamatan dia. Akaun PayPal ni boleh juga digunakan untuk dapat duit dari YouTube, Google AdMob / AdSense dan lain2. Bukan untuk dapat duit je, nak buat pembayaran pun boleh. Tapi kena link ke akaun bank tempatan lah. Jadi buka akaun jenis Personal. Item yg diperlukan antaranya ialah email, nombor phone dan maklumat akaun bank. Setelah berjaya buka akaun Pay Pal barulah kita setkan kaedah payment dalam Shutterstock. Lepas tu join lah mana2 FB group Shutterstock di Malaysia untuk mempelajari selok belok menjual gambar di SS. Bila dah join grup, bac...
Dah berjaya upload imej (gambar, ilustrasi atau video) , jadi apa langkah seterusnya? Buatlah kajian bagaimana org luar dapat tengok imej kita. Kalau dia orang tak dapat tengok macam mana dia orang nak beli, betul tak? Caranya mereka akan guna fungsi Search dlm Shutterstock. Jadi, letakkan diri anda di tempat mereka. Apakah perkataan2 yg akan dimasukkan ke dalam kotak Search berkenaan. Macam Google jugalah. Kalau perkataan2 nya betul, cepat je kita dapat maklumat yg dikehendaki. Setuju? Lihat contoh utk portfolio saya ini - https://www.shutterstock.com/g/Zumaidi?rid=291886933&utm_medium=email&utm_source=ctrbreferral-t-link Saya upload ilustrasi corak abstrak yg sesuai utk dijadikan wallpaper phone atau komputer. Ilustrasi ini juga sesuai sebagai design fabrik, wallpaper, beg kertas atau kertas pembalut hadiah dan juga background utk slide. Jadi saya agak bakal pembeli yg berminat akan masukkan perkataan2 berikut 'Abstract pattern background lines horizontal vertical...
Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari oleh pembeli ? Cara yang paling efektif ialah peka kepada perkembangan dunia. Ketahui apa perkara atau peristiwa yang sedang hangat dibincangkan atau apa event yang akan dijadualkan akan berlaku. Mengapa perlu buat begini? Ada dua sebab utama. Pertamanya untuk kita kemaskini keyword atau description imej yang kita dah upload. Contohnya, kita ada gambar makanan popular orang Malaysia seperti murtabak. Jika bulan Ramadan semakin menghampiri, kemungkinan besar ada orang yang mencari gambar murtabak kerana ia salah satu makanan favorite berbuka puasa. Jadi, jika keyword Ramadan tiada dalam senarai keyword imej Murtabak kita itu, mungkin ianya tidak akan dijumpai. Oleh itu, kita kena updatelah. Buang keyword yang kurang relevan dan masukkan perkataan Ramadan. Jadi apa yang kita buat ialah membesarkan peluang untuk imej murtabak kita dijumpai melalui pencarian oleh bakal pembeli. Sebab kedua ialah untuk kita hasilkan imej yang ba...
Ulasan
Catat Ulasan