Pentingnya Description dan Keyword yg Betul, Relevan dan Tepat
Saya ada menulis bagaimana Description atau tajuk gambar dan keyword membantu bakal pembeli mencari imej kita.
Sebenarnya description tidak membantu sangat pencarian di SS tetapi keyword adalah asasnya. Pencarian imej di SS hanya berdasarkan keyword.
Ada 50 perkataan atau keyword yang dibenarkan oleh SS. Ianya mestilah dlm bahasa Inggeris shj dan tiada kesalahan ejaan.
Oleh itu pastikan setiap keyword adalah relevant dan bersesuaian dgn imej. Gunakan keyword yg disyorkan oleh SS iatu sebanyak 30 perkataan. Lagi 20, kita cari dan tambah sendiri.
Tapi adakah description tiada guna langsung? Sebenarnya description selain membantu bakal pembeli SS mengetahui dgn lebih jelas imej kita, ia sangat berfungsi utk pencarian di Google.
Google mencari imej di SS berdasarkan description. Oleh itu kita perlu membuat description
terbaik mungkin. Manfaatkan sepenuhnya 200 huruf yg dibenarkan oleh SS.
Gunakan kaedah 4W
- where (di mana)
- what (apa)
- when (bila) dan
- who (siapa) dlm description.
Why (kenapa) tak perlu sangat, begitu juga How (bagaimana). Tak perlu terlebih2 pulak.
Rugilah kalau kita tulis ringkas kerana ia mengurangkan peluang utk imej kita dijumpai.
Kalau orang tak jumpa, macam mana dia nak beli? Betul tak?
Semoga bermanfaat.



Ulasan
Catat Ulasan