Tips (?) jika gambar tak approved
Ada satu misteri atau teka teki dlm komuniti SS - siapakah atau apakah yang membuat kerja menapis gambar2 yang kita upload ? Manusiakah atau komputerkah ?
Setakat penyelidikan saya yang ringkas, saya rasa ianya dilakukan oleh manusia. Tetapi kadang2 saya ragu bagaimana manusia ini membuat keputusan begitu cepat dalam sesetengah keadaan.
Ada kes di mana gambar yang direject kali pertama, diterima pula bila ianya dihantar untuk kali kedua. Ini menyokong teori bahawa penapisan dilakukan oleh manusia yang mungkin mempunyai emosi tertentu lantaran keputusannya berbeza.
Ada kes dimana gambar direject begitu cepat (hanya dalam beberapa minit) seolah2 ianya kerja komputer yang punyai kemampuan untuk membuat keputusan yang cepat.
Saya ada 3 contoh di mana gambar diappoved utk upload kali kedua hanya dengan melakukan perubahan dari segi orientasi gambar berkenaan.
1. Gambar yang mulanya direject sebab masalah fokus, diterima apabila saya flip atau mirror atau tukar orientasnya dari kanan ke kiri.
2. Gambar yang mulanya direject sebab masalah rasterization, diterima apabila saya tukar orientasi dari landscape kepada portrait (90 darjah)
3. Gambar yang mulanya direject sebab masalah 'too similar content', diterima apabila saya pusingkan dari atas ke bawah.
Tukar menukar orientasui gambar boleh dilakukan oleh hamoir semua perisian gambar samada di phone atau komputer mahupun secara online (guna browser).
Jadi, ringkasnya jika gambar anda direject, cubalah cara2 di atas ini. Tapi ia hanya tips ya, tidak ada jaminan ia akan berjaya. ;-)



Ulasan
Catat Ulasan