Uji ilustrasi di Printcious

Sebelum ini saya ada kongsikan 2 laman web di mana anda boleh mencuba ilustrasi corak pada perabot rumah atau pakaian. (Sila search post yg sebelum ini) 


Kali ini saya ingin kongsikan satu lagi laman web yg anda boleh cuba utk uji samada rekaan anda itu OK atau tak OK utk digunakan sebagai hiasan. 



Laman web ini adalah sebuah syarikat yg menawarkan perkhidmatan Print-On-Demand di mana anda boleh upload rekaan anda utk dikenakan pada baju, mug, bantal, key chain atau stiker. 



Ia merupakan sebuah syarikat yg beribupejabat di Malaysia tetapi mempunyai operasi di 28 buah negara. 



Baru2 ini, syarikat ini telah wujudkan hubungan dagang dgn Shutterstock di mana pelanggan Printcious boleh memilih imej2 dari Shutterstock. 



Saya telah pun mencuba perkhidmatan mereka dgn membuka satu kedai virtual - https://www.printcious.com/my/designers/zoomyd 


Kesemua corak2 Islamik ini dihasilkan menggunakan PowerPoint. Saya juga ada kongsikan cara nak buat macam mana. Silalah search kalau berminat. 


Ingat! Utk berjaya mencari duit di SS kita kena banyakkan usaha upload imej yg berkualiti, imej yg ada nilai komersial atau senang cakap, imej yg orang nak beli. 


Berbekalkan dgn kreativiti walaupun dengan peralatan yg tak mahal sangat, tambah dgn usaha dan kerajinan anda, InshaAllah boleh berjaya

Semoga bermanfaat. 


Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?