Upload yg sesuai utk Ramadan dan Hariraya
Idea upload utk sambut bulan puasa dan hari raya.
Kita boleh gunakan perisian paling popular yg sudah ada di kebanyakan komputer iaitu Microsoft PowerPoint.
Mari buat ilustrasi corak yg boleh digunakan sebagai latar belakang video, kad ucapan atau online poster.
Di samping buat ilustrasi corak, kita juga boleh tambah animasi yg bersesuaian kpd corak berkenaan utk dijadikan footage/video.
Jadi utk 1 rekaan corak, kita boleh hasilkan sekurang2nya 3 benda sekali - 2 corak statik dan 1 video.
Corak berkenaan mestilah berkonsepkan Islamik dan sesuai untuk semua negara di dunia, bukan sahaja untuk Malaysia. Ini kerana umat Islam ada di seluruh dunia.
Konsep yg saya rasa sesuai ialah corak geometri atau pun masjid. Dengan PowerPoint, yg paling mudah ialah corak geometri.
Tetapi eloklah anda sendiri Google dan buat sedikit kajian konsep2 serta tren yg mendapat sambutan ramai di dunia.
Dan search juga dlm SS, corak yg sudah banyak diupload supaya corak kita tak sama, unik dan lagi menarik. Jangan tiru yg orang lain punya, ya.
Sebelum ini saya ada buatkan tutorial utk buat corak islamik geometrik segi 12 bucu sebagai panduan - https://youtu.be/w4UywTH6ycc
Bolehlah tengok utk dapatkan idea baru.
Dan kali ini saya ingin kongsikan pula cara buat corak islamik bunga dengan 12 bucu yg juga popular dan menarik - https://youtu.be/q6td5CpGqCs
Ada beberapa lagi perkara yg perlu diambil perhatian :
- kalau nak letak teks, gunakan perkataan Ramadan Kareem atau Eid Mubarak sahaja. Elakkan guna Bahasa Melayu. Ini supaya ia sesuai utk semua negara. Kalau target Malaysia sahaja, pasaran tak besar
- kalau buat corak latar belakang buatkan 2 format atau versi iaitu portrait/vertical dan landscape/horizontal
- biarkan ada ruang kosong dlm rekaan utk pembeli boleh meletakkan sendiri perkataan2 yg mereka suka
- cuba tengok tahun2 lepas punya corak kad raya bercetak atau dalam sosial media yg digunakan oleh syarikat2 besar di Malaysia utk fahami kehendak mereka
- pastikan description dan keyword tepat lengkap dan relevan supaya pembeli jumpa
Semoga bermanfaat.

Ulasan
Catat Ulasan