Gambar dah approved ni, bila boleh dapat duit?

Asas Kaedah Jual Gambar di Shutterstock - Siri 2









Gambar dah approved ni, bila boleh dapat duit?

Satu persoalan asas yang sangat menarik apabila kita bincang mengenai jual gambar di SS. Sememangnya hajat Contributor SS ialah utk dapatkan duit hasil jualan gambar dan kalau boleh dlm waktu secepat mungkin.  Tiada salah dengan hajat itu cumanya proses sebenar tidaklah semudah itu.

Mari kita fahami serba sedikit bagaimana proses penjualan gambar2 di SS.

Sebagai contributor, perkara mula2 yg kita perlu fikir ialah siapa yang akan beli gambar kita, bila dia akan beli dan mengapa dia hendak beli. Satu lagi yg juga penting ialah ada tak lagi orang lain yg nak beli.

Jawapan kepada tiga soalan tadi akan menentukan adakah gambar kita akan terjual. Manakala jawapan yg keempat, menentukan terjadinya jualan berulang atau repeat sales di mana itu lah yg sepatutnya turut menjadi hajat kita.

Pembeli gambar di SS merupakan mereka yg berlanggan dan membayar secara bulanan atau tahunan kpd SS. Dengan langganan itu, mereka boleh membeli mana2 gambar dengan kuantiti tertentu berdasarkan pakej langganan.

Siapa mereka ini? Kebanyakan mereka adalah kakitangan syarikat/organisasi drpd jabatan design, marketing/pemasaran atau komunikasi. Mereka mungkin merupakan artis grafik atau graphic designer. Mungkin juga artis multimedia atau kakitangan yg terlibat dlm menghasilkan sebarang bentuk penerbitan samada bercetak atau Internet.

Dlm tugasan mereka, kadangkala masa tak cukup atau kos yg tinggi utk hasilkan gambar2 tertentu. Atau juga kekangan idea dan peralatan. Jadinya, mereka akan membeli gambar yg dah siap di SS. Dengan sedikit edit, mereka akan gunakan gambar2 yg dibeli dlm penerbitan mereka spt majalah, poster, buku panduan, website, papan iklan, video dan lain2.

Dlm tulisan saya sebelum ini, saya ada ceritakan mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan gambar dari SS utk artikel di FB KKM berkaitan vaksin Covid-19. Saya juga perasan Dewan Bahasa Dan Pustaka turut guna gambar dari SS. Saya sebutkan sekadar 2 contoh shj. Kalau rajin, anda boleh semak sendiri. Kalau nampak sebarang gambar dlm sebarang penerbitan, boleh download dan buat carian di Google Image utk lihat adakah gambar berkenaan dibeli dari SS.

Selain pembeli spt di atas, ada juga golongan individu spt wartawan persendirian, penulis blog, YouTube, peniaga online atau pemilik perniagaan kecil2an yg menggunakan khidmat SS. Mereka nak guna gambar utk bantu menjadikan penulisan atau video lebih menarik. Gambar yg boleh membantu pembaca atau penonton memahami isi kandungan artikel. Dan utk peniaga pula, gambar2 diperlukan sebagai mewujudkan minat pelanggan. Contohnya wartawan yg fokus kpd pelancongan, mereka perlukan gambar2 cantik destinasi tertentu kerana mereka mungkin pandai menulis tapi tak pandai ambil gambar. Manakala penjual facemask online contohnya, perlukan gambar org yg pakai facemask tetapi nak gambar yg ada kualiti professional. Jadi mereka inilah yg merupakan sebahagian daripada pembeli gambar2 di SS.

Golongan seterusnya adalah rakan niaga SS yg besar seperti syarikat percetakan pakaian, Print On Demand dan organisasi media.
Mereka ini  sentiasa perlukan ilustrasi terkini yg terkini dan menarik. Pelanggan2 atau pekerja mereka boleh menggunakan mana gambar2 dlm SS secara terus. Organisasi media misalnya perlukan gambar yg ada nilai berita dan yg terkini - sebab itu ada kategori editorial. Syarikat pakaian - mungkin perlukan rekaan corak yg menarik utk produk pakaian mereka dsbnya.

Ada tak orang awam seperti saya dan majoriti kita melanggan SS? Tepuk dada tanya selera. Saya tak langgan kerana tidak ada keperluan melainkan saya termasuk golongan2 di atas. Dan saya juga ada sumber2 lain utk dapatkan gambar percuma di internet atau saya ambil gambar sendiri.
Kesimpulan ringkasnya, pembeli gambar2 di SS ialah mereka yg sanggup belanjakan duit utk mendapatkan yg pastinya sesuatu yg berkualiti, unik, terkini, cantik dan bermaklumat. 

Sekarang kita dah faham dan kenal serba sedikit mengenai bakal pembeli gambar2 di SS. Jadi kita mungkin ada idea bagaimana utk pamerkan gambar2 yg bersesuaian di SS sebagaimana yg saya tulis di Siri 1, SS adalah sebuah tempat pameran.

Dan kita juga sepatutnya fikir dulu ttg bakal pembeli sebelum upload ke SS kerana pastinya kita tak mahu syok sendiri. Seronok gambar approved tapi tak de hasil. Tak de orang nak beli. Nanti jadi satu usaha yg membazirkan masa dan tenaga serta akan mengecewakan kita kelak.

Cukup dulu setakat ini. Dah agak panjang. Tak sempat nak tulis ttg bila gambar kita akan dibeli, mengapa pembeli nak beli dan boleh tak gambar kita ada repeat sale.

Semoga bermanfaat.

(Saya juga BBNU. Kalau salah mohon betulkan. Saya tulis berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya shj) 

Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?