Kaedah Pilih Keyword

Keyword merupakan element terpenting utk kita menjual gambar di SS. Ini kerana melalui keywordlah cara paling asas untuk bakal pembeli menjumpai gambar kita dan seterusnya membuat pembelian.



Bakal pembeli akan menaip beberapa keyword penting yg dirasakan berkaitan dgn gambar yg ingin dicari dlm ruangan search.
SS seterusnya akan menyenaraikan gambar2 berdasarkan keyword berkenaan. Kalau gambar kita memiliki keyword2 yg ditaip oleh bakal pembeli itu, maka gambar kita akan tersenarai dlm senarai hasil carian.

Kalau keywordnya tepat atau hampir tepat, gambar kita akan berada di antara senarai yg awal. Kalau tidak, gambar kita mungkin akan berada di bahagian akhir. Semakin dihujung senarai, semakin kuranglah peluang utk gambar terjual kerana bakal pembeli mungkin sudah menjumpai gambar yg ingin dibeli yg berada di bahagian awal.

Oleh itu amat penting utk kita guna keyword yg benar2 tepat, relevan dan mampu mewujudkan peluang utk ianya dijumpai oleh bakal pembeli.  Ini kerana gambar kita perlu bersaing dgn 350 juta lagi gambar di SS. Hanya keyword yg baik akan membezakan peluang jualan. Jadi gunakanlah ruangan keyword ini semaksima mungkin.

SS memberi peluang utk kita menggunakan 50 keyword walaupun bilangan yg wajib ialah 7 sahaja. Satu keyword boleh terdiri dari satu patah perkataan atau beberapa patah perkataan.



Contohnya:
- 'covid'  adalah 1 keyword
- 'Covid-19' juga dikira 1 keyword
- 'vaksin Covid-19' juga boleh dikira sebagai 1 keyword.
Bagaimana nak pilih keyword? Inilah yg menjadi persoalan yg paling besar kerana tiada formula khusus menentukannya.  Berikut disenaraikan berapa tips.

1. Kita boleh belajar dgn melihat gambar2 yg sudah ada dlm SS yg mempunyai konsep yg sama dgn gambar kita.  Contoh, kita nak upload gambar kucing tengah bermain dgn bola. Cari gambar berkenaan di SS dan tengok hasil carian. Pilih gambar yg ada sikit sebanyak persamaan dgn gambar kita dan tengok keywordnya. Salin keyword berkenaan dan gunakan utk gambar kita.

2. Gunakan keyword yg dicadangkan oleh SS. Bila kita upload gambar, SS akan memberikan 30 cadangan keyword yg SS rasa sesuai dgn gambar kita itu. Cadangan keyword ini dijana oleh komputer SS berdasarkan gambar yg diupload. Kalau kita rasa cadangan berkenaan tepat dan sesuai maka kita boleh pilih kesemuanya. Atau kita mungkin pilih sebahagian sahaja. Dan kita fikir sendiri keyword utk cukupkan bilangan 50.

3.  Kalau kita menggunakan browser di komputer, SS akan memberikan satu cara utk kita dapatkan lagi banyak cadangan keyword, iatu 'Keyword Tool'. Melalui tool ini, kita boleh memilih 3 keping gambar2 dari orang lain utk menjana banyak lagi pilihan keyword2 yg lain.  Dan pilihan keyword melalui kaedah ini adalah tiada terbatas kerana setiap kali 3 gambar dimasukkan, senarai cadangan keyword yg berbeza akan dijana oleh SS.

4. Kalau tak mahu SS cadangkan keyword, kita boleh buat sendiri. Caranya kita fikirkan keyword yg sesuai.  Kita yg lebih arif ttg gambar kita dan tentunya kita tahu perkataan2 asas yg boleh dijadikan keyword. Panduannya ialah kita cuba letakkan diri sebagai bakal pembeli - apakah keyword yg akan digunakan utk mencari gambar kita itu.

Kalau dah habis idea, buka kamus dan tengok perkataan seerti atau sama makna. Contohnya utk rumah boleh guna 'house', 'home', 'residence', 'place' dan sebagainya.

5. Kaedah seterusnya utk mendapatkan keyword yg baik ialah menggunakan 3 panduan berikut :

1 - Fakta mengenai gambar anda seperti apa, siapa dan  di mana, bila :
Cth : Home, house, residential, town house, rich people, Malaysia, homestay, banglow, apartment, terrace, family home, village house,  millennium, 1990s,


2. Konsep gambar seperti emosi atau idea yg ingin disampaikan.
Cth : happy, sad, tired, fun, laugh, environmental friendly, saving money, enjoy, hobby, sick, medical, hospitalisation...

3. Ciri rupa gambar berkenaan.
Cth : stylish, yellow, black beauty, lines, circle, square,  wet, dry, sunset, silhouette...

Salah silap harap maaf dan silalah tegur utk kebaikan bersama.

Semoga bermanfaat.



Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?