Ketahui contributor dgn 1.2 juta gambar!
Berapa banyak gambar yg kita perlu upload ke SS utk dapatkan hasil yg lumayan?
Jawapannya bergantung kpd apa maksud lumayan dan juga kualiti gambar2 anda.
Mirko Carnaby (https://www.shutterstock.com/g/ViewApart) ada koleksi kurang daripada 3,000 gambar tetapi dapat lebih kurang USD5,000 sebulan.
Andrew Balcombe) https://www.shutterstock.com/g/balcombemedia1)
pula ada 2100 gambar dan mendapat purata USD100 ke USD200 sebulan.
Boleh rujuk kisah mereka dlm post saya sebelum ini. Maklumat pendapatan di SS sukar diperolehi kerana SS tidak membenarkan contributor mengongsikan maklumat ini.
Adakah makin banyak gambar makin besar pendapatan? Ya, kemungkinan besar dan sangat logik. Dlm SS, lebih usaha bermakna lebih wang. Tetapi kalau gambar kurang kualiti, tiada nilai komersial dan tidak disertakan tajuk serta keyword yg baik, bilangan sahaja tidak menjamin jualan yg bagus.
Bagaimana jika anda ada 1,200,00 gambar di SS? Ya. 1.2 juta gambar. Adakah anda akan menjadi kaya raya?
Contributor yg memiliki lebih sejuta imej di SS ialah Aaron Amat (https://www.shutterstock.com/g/krakenimages).
Aaron bekerjasama dgn rakan2nya utk menghasilkan sebegitu banyak imej. Dia membelanjakan purata USD4000 sebulan hanya utk membayar model2 yg digunakan. Mungkin kita boleh congak pendapatan beliau berdasarkan ini.
Mampukah anda menjadi seperti beliau?
Kesimpulannya, imej2 yg berkualiti, ada permintaan dan lengkap dgn maklumat adalah kunci kejayaan di SS. Ditambah pula dgn bilangan imej yg banyak, hasilnya tentulah akan jadi berlipat kali ganda.
Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan