Tempat jual gambar selain Shutterstock

Selain Shutterstock, anda juga boleh menjual gambar2, video atau ilustrasi di agensi atau platform yg lain. Lagi banyak tempat jual, lagi besarlah peluang buat duit, kan? 



Di sini saya kongsikan agensi2 yg saya dah cuba :

- Shutterstock - https://www.shutterstock.com/g/Zumaidi

- Alamy - https://www.alamy.com/portfolio/855518.html

- Adobe - https://stock.adobe.com/contributor/210208925/Zumaidi

- Pond5 - https://www.pond5.com/artist/zumaidi?utm_source=sailthru&utm_medium=email&utm_campaign=curators_review#1/3072 


Hanya satu je yg dah buat duit iaitu SS. Banyak mana dapat ? 40 sen USD :-) 

Yg lain tu belum lagi sebab baru je buat. 


Kalau tak mahu jual gambar tapi dlm hati mengharapkan ada org nak derma kat kita sebab gambar2 kita bagus :

- Pexels - https://www.pexels.com/@zumaidi-zainuddin-2379575

(Saya pernah dapat derma USD1 he he he) 


Tapi kalau nak kongsi gambar2 kita sekadar suka2, utk orang lain hargai atau nak bina imej sebagai photographer yg baik :

- Unsplash - https://unsplash.com/@zumaidi

- Agora - https://web.agoraimages.com/profile/613167c5-c355-40bc-aa90-0662f1130449

Agora ni lebih mudah digunakan menerusi aplikasi mobile.  Kalau nasib baik boleh menang peraduan. 


Dan kalau nak saja2 simpan gambar2 kita di online sebagai backup storage kerana memori phone dah penuh, sambil tu org lain pun boleh tengok :

- Flickr - https://www.flickr.com/photos/43687367@N08/ 


Sebenarnya ada banyak lagi platform atau agensi di mana gambar2 kita boleh menjana pendapatan. Tetapi setiap agensi mempunyai syarat2 mereka sendiri. 


Dikatakan Adobe dan Shutterstock mempunyai kaedah  pengendalian gambar yg hampir sama.  Shutterstock lebih popular kerana ada aplikasi mobile utk contributor dan banyak juga support page di FB, blog dan YouTube. 


Untuk tahu lebih mengenai platform2 yg ada, bolehlah baca - https://shotkit.com/best-stock-photography-sites/

Semoga bermanfaat. 

(Dah alang2 kongsi ttg jual gambar, saya juga buat video YouTube - https://youtube.com/user/ZumaidiZainuddin 


Dan buka kedai cenderamata guna ilustrasi yg saya buat - https://www.printcious.com/my/designers/zoomyd. Ada lebih 300 produk.)

Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?