Uji rekaan ilustrasi sebelum upload
Sebelum ini saya kongsikan 3 website yg membolehkan kita menguji rekabentuk ilustrasi kita pada pakaian, perabot dan barangan cenderamata.
Di sini saya ingin kongsikan satu lagi yg saya rasa lebih senang dan lebih menarik kerana ada banyak pilihan barangan dan latar belakang.
Jadi, kita boleh lihat samada rekabentuk ilustrasi kita sesuai sebagai gambar hiasan, sarung bantal, jam dinding dsbnya.
Ada beberapa latar belakang dalaman rumah yg boleh membantu kita melihat samada rekabentuk kita sesuai dari segi orientasi, warna dan reka bentuk corak.
Silalah lihat imej2 contoh yg saya sertakan. Boleh terjual tak?
Kalau kita rasa cantik dan puas hati, barulah kita upload ke SS. Ingat! Kita kena lawan dgn 350 juta imej lagi yg dah ada di SS. Oleh itu imej kita mestilah berkualiti, ada daya saing dan banyak pilihan.
Laman web tersebut ialah https://www.thisnew.com/
Saya tak berkesempatan utk kaji samada boleh tak jual imej kat sini. Rasanya susah sebab website ni di Amerika Syarikat sana. Yg penting adalah utk kita uji rekabentuk ilustrasi kita ya.
Semoga bermanfaat.





















Ulasan
Catat Ulasan