Perisian utk Ilustrasi

Berminat nak buat ilustrasi utk Shutterstock?


Berikut ialah antara 4 pilihan perisian yg ada :
Inkscape - percuma
Adobe Ilustrator - RM100 sebulan
Affinity Designer - RM105 sekali bayar
PowerPoint - biasanya ramai yg dah ada

Apa pasal perlu ada perisian? Ini kerana Shutterstock memerlukan imej ilustrasi dlm format JPG atau EPS. EPS atau format vektor lebih tinggi nilainya di SS berbanding JPG kerana pembeli boleh mengubah suai ilustrasi yg dibeli ikut selera dia. Hanya PowerPoint shj tak boleh hasilkan EPS.  Tetapi file format JPG juga boleh dapat jualan yg baik.

Dgn perisian spt di atas serta menggunakan komputer, kita mampu menghasilkan ilustrasi yg kompleks dan berkualiti.  Perisian2 ini juga banyak ciri2 grafik yg memudahkan kita menghasilkan ilustrasi.

Boleh ke guna aplikasi mobile shj? Boleh tetapi agak terbatas. Tetapi kalau guna tablet dgn pen stylus, ada banyak kelebihan berbanding phone yg biasa.

Sekiranya anda ingin serius, perlu ada perisian dan komputer. Semestinya yg paling penting ialah idea dan kreativiti serta kerajinan.

Sekiranya sekadar suka2, tanpa belanja, yg mudah atau baru nak belajar utk timbulkan minat, boleh lah guna aplikasi mobile spt Snapseed, Medibang, Canva dan macam2 lagi. Dan perlu tambah juga aplikasi lain2 spt utk membuang warna background, campur 2 gambar jadi 1, crop, buat teks khas dsbnya.

Bagi saya, kalau dah ada PowerPoint, mulakan dgn yg ini dulu. Kalau dah banyak buat ilustrasi dan rasa terbatas, bolehlah cuba yg percuma. Selepas itu bila dah ada keyakinan, baru buat pelaburan dgn membeli perisian grafik.

Ilustrasi yg saya beri contoh ini dibuat guna PowerPoint sepenuhnya. Sudah dan masih terjual beberapa kali.

Semoga bermanfaat. 

Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?