Jadikan design anda sebagai produk dan jual online
Bagaimana menambah nilai kepada corak atau design anda selain menjualnya di Shutterstock?
Anda mempunyai banyak imej, illustrasi atau corak yang telah diapproved Shutterstock dan sedang menunggu-nunggu jika ada yang berminat hendak beli. Betulkan ?
Saya sudah berkongsi sebelum ini bagaimana anda boleh pelbagaikan nilai ilustrasi yang anda hasilkan dengan menjadikan ia design utk produk seperti baju,mug, bantal dan lain-lain.
Kali ini saya ingin berkongsi satu lagi penyedia perkhidmatan Print On Demand di mana anda boleh upload design dan buat produk untuk di jual.
Portal berkenaan ialah Society6.com. Saya sudah pun membuka kedai online saya di situ. Anda dijemput untuk melawatnya di https://society6.com/zoomyd .
Portal ini mudah digunakan. Upload design dan tick saja apa2 produk jualan yang anda inginkan. Sistem mereka akan menyesuaikan design anda dengan produk mereka.
Jika ada design yg tak sesuai, mereka beritahu syarat2 design berkenaan seperti saiz pixel mesti 3000x3000, saiz file dsbnya.
Yang bagusnya portal ini ialah ianya tiada caj untuk buka kedai dan pamerkan produk. Percuma! Caj hanya akan dikenakan apabila ada jualan.
Untuk payment, mereka perlukan akaun PayPal. Jadi tak perlu pengesahan kad kredit, akaun bank atau dokumen peribadi seperti MyKad atau lesen memandu.
Jadi anda perlu tunggu saja pelanggan datang jenguk kedai anda dan buat pembelian.
SEO mereka juga agak bagus. SEO ialah cara meletakkan laman web di search engine seperti Google. Ini penting kerana bakal pembeli cari barang guna Google search kan.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan