Gambar yang laku di ShutterStock

Gambar apa yg laku di Shutterstock?

Gambar yang ada cerita didalamnya. Tapi pada masa yang sama gambar itu mesti menarik dari segi komposisi, subjek, teknik, pencahayaan, fokus serta warna.

Macam mana yang dikatakan gambar yang ada cerita? Gambar yang ada cerita ialah gambar yang ada mesej atau ada sesuatu topik yang hendak disampaikan kepada orang yang melihat. Dan cerita berkenaan mestilah relevan atau berkaitan dengan topik hangat dan semasa dunia. 


Sebagai contoh gambar sebotol ubat yang berlabelkan 'Vaksin Covid 19' merupakan antara gambar-gambar yang banyak terjual sewaktu wabak Covid 19 mula melanda dan kempen suntikan vaksin giat berjalan.


Gambar ini laku kerana ada cerita yang ia boleh sampaikan. Ia menunjukkan apa yang masyarakat dunia nantikan untuk mengatasi wabak yang mengancam hampir seluruh penduduk dunia. 


Siapa yang beli gambar macam ini? Ianya dibeli oleh penerbit media seperti akhbar, majalah dan juga blog individu atau laman web organisasi yang seumpamanya untuk digunakan dalam artikel atau poster penerbitan mereka yang berkaitan dengan isu Covid 19 dan vaksin.


Contoh mudah yang lain ialah gambar kalendar yang popular setiap kali tibanya tahun baharu. Begitu juga gambar- gambar yang berkaitan dengan peristiwa semasa seperti hari perayaan, musim percutian dan trend-trend yang viral.


Untuk menghasilkan gambar- gambar yang ada cerita, selalunya anda perlukan prop dan model manusia. Prop ialah bahan-bahan luaran yang sengaja ditambah dalam gambar untuk mewujudkan jalan penceritaan. Macam contoh gambar untuk Covid 19 tadi. Anda perlu mencari botol ubat yang kosong dan membuat label yang bersesuaian. Dan mungkin perlu meletakkan juga peralatan medikal seperti picagari atau tabung uji.


Manakala untuk model, anda mungkin perlu mendapatkan seseorang yang berperwatakan menarik dengan memakai uniform medikal duduk berhampiran botol ubat berkenaan.


Dalam contoh di atas, anda memang perlukan sedikit pelaburan bagi menghasilkan gambar yang mungkin laku di Shutterstock. Ini kerana pembeli mencari gambar yang mereka ada tujuan khusus untuk digunakan. 


Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?