Petal Maps - Alternatif kepada Google Maps dan Waze
Petal Maps
Ulasan Awal Petal Maps
Saya mula menyukai aplikasi Petal Maps berbanding Waze atau Google Maps sebagai bantuan navigasi waktu pemanduan di jalanraya.
Seperti juga Waze, Petal Maps bergantung kepada pengguna untuk menyalurkan maklumat insiden dan trafik, atau lebih dikenali sebagai konsep crowd sourcing. Setakat ini sebanyak 100 juta unit telah dimuat turun melalui Google Play Store. Jadi, semakin ramai orang menggunakannya, akan lebih berkualiti info2 yg boleh ditawarkan oleh Petal Maps.
Antara ciri2 kelainan Petal Maps berbanding Waze mahupun Google antaranya ialah :
- paparan animasi 3D bantuan lorong. Paparan khas ini akan pop-up bila anda tiba di persimpangan yg agak kompleks. Bantuan ini memudahkan anda utk berada di lorong yg betul sebelum memasuki persimpangan.
- paparan imej cuaca spt hujan, mendung dsbnya. Laporan ramalan cuaca di PM agak extensive - buka saja app PM, animasi ramalan cuaca di lokasi akan keluar dalam beberapa saat. PM juga ada menu khas ramalan cuaca setiap jam untuk 1 bulan. Ia mengandungi keadaan cuaca spt hujan, cerah dsbnya dan juga suhu. PM juga akan memberi notifikasi keadaan cuaca.
- berapa bilangan lampu trafik yg akan ditempuhi. Selain lokasi lampu trafik, bilanganya di sepanjang laluan juga akan ditunjukkan. Ini bukan saja memberi idea utk anda mencari route alternatif sekiranya tak suka lampu trafik tapi juga mengira penambahan masa dalam perjalanan.
- Paparan info tempat2 penting iaitu POI - point of interest. Ianya seperti hentian sebelah atau kawasan rawat & rehat di lebuhraya dan juga pondok tol dgn bayarannya sekali. Terowong juga akan ditunjukkan sekiranya anda akan melaluinya.
- harga tol sewaktu paparan pilihan route. Jadi anda boleh pilih route mana yg lebih rendah kosnya. Ini secara tak langsung membantu anda utk beringat top-up TnG atau bersedia dgn kad debit/kredit.
- pilihan jalan samada bawah atau atas. Ini berguna jika kita di lebuhraya yg bertingkat2 atau pun di jalan yg ada flyover.
- laporan perjalanan mingguan anda dgn maklumat spt jarak dan masa perjalanan. Ada perbandingan dgn minggu sebelumnya. Ia bukan saja utk kereta tapi juga utk pejalan kaki dan penunggang basikal. Analisa ini mungkin berguna utk membuat kiraan atau bajet kos minyak dan tol.
- laporan semasa spt kemalangan, polis, kesesakan, gangguan jalan dsbnya. Ini hampir sama dgn Waze manakala Google Maps tiada utiliti spt ini. Walau bagaimana pun info adalah bergantung kpd sumbangan pengguna lain. Pastinya lokasi kamera had laju dan lampu merah juga diberikan.
- paparan had laju jalan dan kelajuan kenderaan anda. Ini ada di semua app termasuklah PM.
- paparan 3D yg realistik dlm format 4K di mana bangunan2 yang popular spt Menara Berkembar Petronas ditunjukkan dalam 3D. Untuk mod gelap atau hari malam, lampu bangunan dan lampu jalan juga akan menyala. Sangat menarik utk dilihat grafik yg macam realistik ini. Anda boleh memilih utk paparan 2D atau 3D.
- penunjuk arah kiblat yg terbina dalam merupakan satu utiliti yang amat berguna utk orang Islam bukan sahaja sewaktu perjalanan atau tidak. Anda tak perlu menginstall app lain2.
- pengukur jarak dan luas kawasan adalah satu lagi utiliti tambahan yang boleh digunakan samada utk ukur jarak jalan ataupun luas sesuatu kawasan. Walaupun ia agak luar biasa utk App navigasi, utiliti seperti ini amat berguna dalam keadaan tertentu.
- bantuan suara pemanduan yang bukan sahaja memberi panduan jelas spt bila nak tukar lorong atau apa yg ada di hadapan tapi juga amat prihatin dgn keselamatan. Ia akan mengingatkan anda utk berhati2 dgn kenderaan yg keluar dari simpang. Ada banyak bahasa yg anda boleh pilih ikut kesukaan.
- Ada beberapa info ringkas yang berguna spt:
-- masa perjalanan ke rumah atau pejabat dari lokasi anda. PM akan berikan jangkaan masa perjalanan walaupun anda tidak mengaktifkan mod pemanduan.
-- harga anggaran Grab utk ke lokasi yg dicari
-- maklumat dan review tempat makan, hotel yg popular di sekitar anda
-- peta status trafik semasa
-- lokasi stesen minyak berhampiran dgn harga minyak terkini
-- lokasi EV Charger, tandas awam, restoran, bengkel berhampiran
-- perkongsian lokasi semasa dgn pengguna aplikasi lain
-- laporan penggunaan mingguan
-- meletak shortcut di home screen phone utk destinasi rumah dan pejabat
Dan satu lagi yg hebat pada PM ialah utiliti perjalanan konvoi atau Team Map. Saya tak berpeluang utk ulas kerana belum guna. Tapi apa yg saya faham ialah sekiranya anda berkonvoi, semua ahli kumpulan boleh buat satu team dalam PM dan akan mendapat kemaskini lokasi secara real time.
Selain untuk pemanduan, PM juga boleh digunakan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal. PM akan mengira jumlah kalori yg dibakar apabila anda berjalan.
Selain pada phone, PM juga boleh diinstall di Android Player kenderaan dan jam pintar. Dan anda boleh menggunakan satu akaun yg sama utk ketiga2 peranti serta membuka secara serentak.
Peta yg digunakan oleh PM adalah daripada TomTom. Sebarang pembetulan atau penambahan kpd peta mungkin akan ambil sedikit masa berbanding Waze. Dalam hal ini, Waze menawarkan peta yg dikemaskini dgn pantas, mungkin tak sampai satu hari dah ada kemaskini.
PM ada utiliti utk anda memberi feedback terhadap peta mereka spt lokasi yg salah, tak wujud dan sbgnya. Apa2 masalah PM juga boleh ditanya atau disalurkan melalui FB khas utk kawasan South East Asia. Setakat ini saya dapati respon mereka adalah cepat.
Bagi pengguna phone Huawei model tertentu, PM juga menawarkan beberapa utiliti tambahan. Malangnya saya tak pakai phone Huawei jadi tak pasti utiliti2 tersebut. Mungkin mereka yg ada pengalaman boleh share.
App PM ini boleh didownload di Google Play Store, Apple Apps Store dan semestinya Huawei Apps Gallery. Versi terkini selalunya lebih cepat akan ada di Huawei Apps. Adalah penting untuk anda update atau kemaskini app PM melalui menu yg disediakan dalam app bukannya melalui Google Play. Versi untuk Android adalah lebih terkini berbanding IOS.
Buat masa ini PM tidak menyokong Android Auto atau Car Play.
Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan