Cara jadikan deskripsi lebih powerful!
Sebelum ini saya ada kongsikan cara atau kaedah membuat deskripsi atau tajuk utk imej - https://bbnujualgambar.blogspot.com/2021/02/cara-buat-description-atau-tajuk-gambar.html
Walaupun begitu, kalau masih belum pasti macam mana nak buat, sila terus baca.
Secara mudahnya utk buat tajuk ialah bermula dgn bertanya 4 soalan asas :
- gambar apa ni?
- di mana lokasi nya?
- bila tarikh ambil?
- gambar ni tentang apa?
Seterusnya boleh ulang baca tulisan saya yg sebelum ini.
Kali ini saya ingin kongsikan cara menambah baik atau mempertingkatkan lagi kualiti tajuk. Mengapa tajuk yg baik penting? Silalah rujuk tulisan saya yg lepas.
Deskripsi yg baik sangat bagus jika ada maklumat tambahan seperti berikut :
1. unsur emosi atau cerita di sebalik gambar berkenaan
- contohnya seperti perkataan yg mempamerkan emosi objek dlm gambar spt kucing yg sedang riang gembira bermain dengan bola, seorang lelaki yg berkeadaan dlm wajah yg sedih, pokok yg daunnya hijau segar dan menawan, senja yg indah dan nyaman, ayam goreng berempah yg masam2 manis tapi menyelerakan, selipar getah putus tali yg sudah usang dan kotor dan seumpamanya.
Frasa2 ini menambah makna kpd gambar dan membantu bakal pembeli utk lebih memahami.
Dan kebiasaannya, pembeli akan turut memasukkan perkataan emosi yg berkaitan sewaktu pencarian. Katakan pembeli ingin mencari gambar tentang proses suntikan vaksin Covid-19.
Mungkin dia akan menaip - 'suntikan vaksin Covid-19 wajah ceria' . Kerana emosi tersebut akan mempengaruhi perasaan pembaca.
2. nama saintifik atau maklumat tepat mengenai produk
- contohnya nama saintifik utk bunga raya - hibiscus rosa sinensis , jenis kain Polyester dan kapas, rumah teres dua tingkat corner lot, bumbung teknologi solar bersaiz 4 meter persegi, produk yg mula dikilangkan pada tahun 1900, mengandungi monosodium glutamate dan pewarna makanan E2377 dan seumpamanya.
Maklumat seperti ini memberi keyakinan kpd pembeli utk menggunakan gambar kita dlm penerbitan mereka. Ia juga membantu pembeli mencari gambar yg lebih spesifik. Di samping itu ia menunjukkan kepandaian kita sebagai contributor.
Penambahan elemen2 di atas bukan sahaja menjadikan deskripsi kita lebih bagus tetapi membantu ianya utk senang dijumpai oleh bakal pembeli. Kalau mudah dijumpai, besarlah peluang utk dibeli.
Elemen yg terakhir untuk dimasukkan dlm tajuk ialah lebih bersifat teknikal. Ia merujuk kpd kesan2 atau keadaan tertentu gambar berkenaan. Ini bagi membantu reviewer SS utk meluluskan gambar kita dari segi fokus atau noise dsbnya.
Contohnya :
- fokus kpd model wanita sebelah kiri dgn kesan bokeh atau kabur bahagian yg lain
- penggunaan tapisan atau filter pencerahan utk wujudkan suasana siang
- kesan silhouette atau garis cahaya (ray of light)
- 3D rendering atau computer generated image
Jadi bila penerangan ringkas ttg gambar diberi, reviewer SS tak lah dgn senang reject gambar kita atas alasan fokus, noise/grain dll.
Saya sertakan contoh gambar dgn deskripsi daripada dua personaliti SS yg menggunakan sebaiknya deskripsi iaitu Mirko Carnaby (https://www.shutterstock.com/g/ViewApart) dan Alexander Kirch (https://www.shutterstock.com/g/audioundwerbung).
Semoga bermanfaat.
Ulasan
Catat Ulasan