Sebab2 gambar tak approved.

Saya ingin berkongsi satu masalah gambar yg direject oleh SS kepunyaan sahabat di FB Shutterstock Malaysia. 


Beliau bertanya mengapa gambar yg beliau upload direject. 


Boleh rujuk imej asal yg diberi oleh beliau (tanda 1). 



Menarik isu ni kerana ada 5 sebab penolakan dlm satu gambar yg cantik. 


Izinkan saya cuba jawab satu per satu. 


1. Focus

- Ada masalah nak menentukan fokus gambar, adakah lelaki atau pokok itu fokus nya ? Ini kerana kedua-duanya mendapat ruang yg sama banyak. Jadi, antara perkara yg boleh dilakukan ialah crop gambar dan tumpukan kpd lelaki sahaja (sebagai contoh) 


Saya beri 2 contoh gambar yg dah saya crop. Samada ambil pokok (tanda 2) atau lelaki berkenaan (tanda 3). 




Saya juga pernah hadapi masalah ini, dan itulah yg saya lakukan - https://bbnujualgambar.blogspot.com/2021/02/crop-gambar-kalau-reject-sebab-fokus.html 


2. Missing model release

- setiap gambar yg ada menunjukkan wajah atau susuk tubuh manusia, perlukan model release iaitu sejenis dokumen perakuan oleh manusia yg ada dlm gambar berkenaan persetujuan utk dia dijadikan model. 


Kalau susah2, jadikan gambar ini sebagai imej editorial sahaja. Tetapi gambar editorial adalah kurang jualannya (kalau pun terjual) kerana pembeli tak boleh guna gambar berkenaan utk menjual barangan atau perkhidmatan. 


Deskripsi utk editorial sedikit berbeza kerana kita perlu letakkan tarikh, dan lokasi gambar di permulaan deskripsi. 

Cth :  Endau National Park, Malaysia, 20 February 2020...... 


Dan kalau gambar bangunan, biasanya yg diperlukan ialah property release - dokumen dari pemilik bangunan yg membenarkan gambar tersebut diambil. 


3. Noise/film grain

- kebiasaannya ini berlaku terhadap gambar yg diambil menggunakan phone. Tidak seperti kamera DSLR, kamera pada phone terbatas kemampuannya terutama dari segi pencahayaan atau setting ISO. Bila gambar ini di review ianya akan diperbesarkan 100% menggunakan skrin atau monitor komputer, oleh itu akan nampak bahagian2 dlm gambar yg ada masalah noise/grain iaitu tompokan kabur dlm gambar. 


Ada software yg boleh atasi masalah ini dgn sedikit editing tapi masih tak menjamin approval. 


Berikut ialah apa yg saya lakukan guna software Movavi - https://bbnujualgambar.blogspot.com/2021/02/software-utk-atasi-masalah-noise-dan.html 


Atau boleh juga try online tool - https://pinetools.com/remove-noise-image 


Tapi, tiada jaminan yg ia akan 100% berjaya kerana software pun ada batasannya. 


4. Similar content

- kemungkinan besar sudah ada dlm database SS gambar yg sama konsep, warna dan komposisi macam gambar ini. 


Apa yg boleh dibuat ialah mungkin memberi penerangan yg lebih dlm tajuk/deskripsi spt jenis pokok dlm bahasa saintifik atau lokasi gambar ini diambil. Maklumat ini akan membantu reviewer atau penilai gambar SS utk membezakan gambar ni dgn yg sudah ada di SS. 


Cth : Endau National Park, Malaysia, 20 February 2020. A local Malay man inspecting a 100 year old  teak (scientifically known as Tectona Grandis) tree, an endangered tropical hardwood tree species commonly found in the jungle of Malaysia green forest. 


5. Visible trademark

- ini disebabkan ada logo komersial atau tanda dagangan produk tertentu dlm gambar. Biasanya ini boleh diatasi dgn jadikan gambar editorial. Atau cara lain ialah edit gambar dan hilangkan/padam logo berkenaan. 


Saya cuba edit dan buang logo pada baju menggunakan teknik healing dlm aplikasi Snapseed. (Gambar tanda 4) 



Ada saya kongsikan tutorial penggunaan Snapseed - https://youtube.com/playlist?list=PLb4IzBdoNIZkBAhDUcEafTIUr7YF-bx2K 


Last sekali....  satu lagi usaha terakhir yg boleh dicuba ialah dgn menukar orientasi gambar. Tetapi kaedah ini bukanlah penyelesaian cuma sekadar tips kerana reviewers SS ni bertukar2 orangnya. Mana tahu kalau bila submit kali kedua, fikirannya berbeza. 


Tengok kat sini - https://bbnujualgambar.blogspot.com/2021/02/tips-jika-gambar-tak-approved.html 


Kalau semua dah cuba, masih tak berjaya, teruskan kehidupan. Cuba upload gambar lain pulak. Simpan je lah gambar yg reject tadi. :-) 


Diharap sedikit sebanyak menjawab persoalan yg dikemukan. 


Tak dinafikan gambar ini cantik tetapi SS bukan sahaja memerlukan kecantikan, ia juga memerlukan kualiti gambar dari segi teknik photography, nilai komersial (ada sebab org nak beli), keunikan berbanding gambar2 yg lain dan maklumat yg ada dlm gambar. 


Semoga kekal semangat utk terus Upload gambar di SS. 


Saya juga BBNU, kalau ada silap mohon maaf.

Ulasan

Artikel Paling Popular

Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Selepas gambar dah approved...

Bagaimana nak tahu imej apa yang sedang atau bakal dicari?