Catatan

Uji rekaan ilustrasi sebelum upload

Imej
Sebelum ini saya kongsikan 3 website yg membolehkan kita menguji rekabentuk ilustrasi kita pada pakaian, perabot dan barangan cenderamata.  Di sini saya ingin kongsikan satu lagi yg saya rasa lebih senang dan lebih menarik kerana ada banyak pilihan barangan dan latar belakang.  Jadi, kita boleh lihat samada rekabentuk ilustrasi kita sesuai sebagai gambar hiasan, sarung bantal, jam dinding dsbnya.  Ada beberapa latar belakang dalaman rumah yg boleh membantu kita melihat samada rekabentuk kita sesuai dari segi orientasi, warna dan reka bentuk corak.  Silalah lihat imej2 contoh yg saya sertakan. Boleh terjual tak?  Kalau kita rasa cantik dan puas hati, barulah kita upload ke SS.  Ingat! Kita kena lawan dgn 350 juta imej lagi yg dah ada di SS. Oleh itu imej kita mestilah berkualiti, ada daya saing dan banyak pilihan.   Laman web tersebut ialah https://www.thisnew.com/   Saya tak berkesempatan utk kaji samada boleh tak jual imej kat sini. Rasanya ...

Asas Jual Gambar Online

Imej
Asas Kaedah Jual Gambar di Shutterstock - Siri 1  Shutterstock umumnya adalah tempat pameran. Penjual akan pamerkan hasil kerja mereka seperti gambar photo , ilustrasi atau video (saya gunakan istilah gambar).  Ada gambar yg terjual dan banyak yg tidak terjual bergantung kpd kualiti, kehendak pembeli dan kaedah pemasaran oleh penjual.  Untuk penjual, semakin banyak gambar yg dipamerkan semakin besar peluang utk mendapat jualan.  Berapa banyak gambar2 yg sudah ada di pusat pameran SS? 350 juta gambar. Banyak ke tu? Pada saya terlampau banyak sehingga kita mungkin terfikir apa lagi yg boleh dijual ya? Tetapi kalau betul caranya dan rajin berusaha, InsyaAllah kita boleh mendapat hasil yg berbaloi.  Berapa banyak boleh dapat tu? Setiap gambar yg terjual kita akan dapat USD10 sen. Itu minimum dan secara umum sahaja. Ada juga satu gambar boleh terjual ratusan USD (ada berlaku tapi tak selalu) . Sekadar bahan perbincangan, Mirko Carnaby, salah seorang yg terkenal di SS...

Bahasa Melayu sebagai keyword

Imej
Cara masukkan perkataan Bahasa Melayu sebagai keyword. Kaedah ini perlu menggunakan browser di komputer. Sila lihat panduan yg diberi dlm gambar2 yg disertakan. Kalau SS kata spelling error, tekan sahaja 'Mark All Keywords as Correct' dan SAVE. Itu sahaja. Ingat! Hanya dengan 50 keyword yg  relevan, tepat dan terkini akan menghasilkan jualan kerana imej akan mudah dijumpai oleh bakal pembeli. Walaupun SS mewajibkan hanya 7 keyword, makin banyak keyword makin besar peluang utk imej terjual. Dan satu lagi, anda boleh kemaskini keyword pada bila2 masa. Buang yg tak relevan dan masukkan yg baru. Contoh, raya dah nak dekat, jadi masukkan keyword berkaitan raya dlm senarai keyword bagi gambar2 yg sudah ada dlm portfolio. Ringkasnya, pastikan keyword sentiasa relevan kerana pembeli mungkin mencari gambar berdasarkan peristiwa dan berita terkini. Semoga bermanfaat.

Uji ilustrasi di Printcious

Imej
Sebelum ini saya ada kongsikan 2 laman web di mana anda boleh mencuba ilustrasi corak pada perabot rumah atau pakaian. (Sila search post yg sebelum ini)  Kali ini saya ingin kongsikan satu lagi laman web yg anda boleh cuba utk uji samada rekaan anda itu OK atau tak OK utk digunakan sebagai hiasan.  Laman web ini adalah sebuah syarikat yg menawarkan perkhidmatan Print-On-Demand di mana anda boleh upload rekaan anda utk dikenakan pada baju, mug, bantal, key chain atau stiker.  Ia merupakan sebuah syarikat yg beribupejabat di Malaysia tetapi mempunyai operasi di 28 buah negara.  Baru2 ini, syarikat ini telah wujudkan hubungan dagang dgn Shutterstock di mana pelanggan Printcious boleh memilih imej2 dari Shutterstock.  Saya telah pun mencuba perkhidmatan mereka dgn membuka satu kedai virtual - https://www.printcious.com/my/designers/zoomyd   Kesemua corak2 Islamik ini dihasilkan menggunakan PowerPoint. Saya juga ada kongsikan cara nak buat macam mana. Silalah se...

Cara tambah keyword

Imej
Cara tambah keyword yg sesuai guna komputer.  Tidak boleh dilakukan melalui browser kat phone atau mobile app SS.  Manfaatkan sepenuhnya 50 perkataan2 yg sesuai.  Ingat! Orang tak akan jumpa imej kita jika keyword tak tepat, relevan dan lengkap. Bila orang tak jumpa, tak de lah orang nak beli.  Jadinya, jangan syok sendiri yang orang akan beli imej kita kalau keyword tak sempurna.  Bagus kalau boleh study orang lain punya keyword sebagai panduan. Lebih elok kita letak sendiri keyword kerana kita yg tahu imej kita tu tentang apa.  Semoga bermanfaat.

Convert PowerPoint JPEG file kpd EPS... percuma!

Imej
Convert PowerPoint JPEG file kpd EPS... percuma!  Seperti yg kita sedia maklum, PowerPoint hanya boleh menghasilkan file format JPEG/JPG utk diupload ke SS.  Dalam sesetengah situasi, file ilustrasi format JPG pula kurang di'gemari' kerana kualitinya akan menjadi rendah apabila dibesarkan. Oleh itu file berformat vector EPS dikatakan lebih bernilai kerana kualitinya tak lari apabila dibesarkan.  Tetapi utk menghasilkan file format EPS, kita perlu beli software lain seperti Adobe Ilustrator lantaran PowerPoint tidak mampu pergi lebih jauh.  Kalau begitu, apa pilihan yg ada?  Ya! Ada berita baik kerana ada caranya utk convert atau tukar file JPG kepada EPS dengan percuma.  Saya telah pun mencuba beberapa perisian percuma utk melakukannya. Dan hasil file ilustrasi vector EPS saya sudah berjaya diupload ke SS.  Prosesnya adalah file JPG ditukar ke format SVG. Selepas itu file SVG berkenaan perlu diedit menggunakan 1 lagi perisian utk ditukar ke format E...

Uji rekabentuk corak pada pakaian

Imej
Tips utk contributor ilustrasi corak (pattern).  Bagaimana utk lihat corak kita pada pakaian?  Corak boleh dicuba atas puluhan jenis pakaian spt baju, seluar dan lain2. Boleh juga test atas beg atau topi cap.  Silalah cuba di - https://paom.com/   Dari sini kita boleh perbaiki atau reka design corak yg sesuai utk pakaian sebelum di upload ke SS.  Adalah sangat penting utk kita tahu apa yang orang nak beli, bukan yg kita syok sendiri. Nampak cantik di mata kita, tapi di mata org kita tak tahu. Kaji dan belajar permintaan pasaran kerana SS tempat jual ilustrasi bukan galeri peribadi.  Semoga bermanfaat.

Uji rekaan corak pada perabot rumah

Imej
Tips utk contributor ilustrasi corak (pattern).  Gunakan web Spoonflower utk tengok hasil corak anda pada kain langsir, alas meja, cadar, tuala, bantal dan lain2.  Boleh juga tengok corak tersebut bila digunakan sebagai wallpaper atau facemask.  Semuanya percuma.  Tengok yg saya dah buat - https://www.spoonflower.com/profiles/zumaidi?sub_action=designs   Dari sini boleh lah ubahsuai atau buat pattern yg lebih baik dan sesuai dgn trend semasa utk diupload ke SS.  Boleh jual corak ke kat sini? Boleh. Tapi kena buat pelaburan dulu.  Semoga bermanfaat.

Upload yg sesuai utk Ramadan dan Hariraya

Imej
Idea upload utk sambut bulan puasa dan hari raya.  Kita boleh gunakan perisian paling popular yg sudah ada di kebanyakan komputer iaitu Microsoft PowerPoint.  Mari buat ilustrasi corak yg boleh digunakan sebagai latar belakang video, kad ucapan atau online poster.  Di samping buat ilustrasi corak, kita juga boleh tambah animasi yg bersesuaian kpd corak berkenaan utk dijadikan footage/video.  Jadi utk 1 rekaan corak, kita boleh hasilkan sekurang2nya 3 benda sekali - 2 corak statik dan 1 video.  Corak berkenaan mestilah berkonsepkan Islamik dan sesuai untuk semua negara di dunia, bukan sahaja untuk Malaysia.  Ini kerana umat Islam ada di seluruh dunia.  Konsep yg saya rasa sesuai ialah corak geometri atau pun masjid. Dengan PowerPoint, yg paling mudah ialah corak geometri.  Tetapi eloklah anda sendiri Google dan buat sedikit kajian konsep2 serta tren yg mendapat sambutan ramai di dunia.  Dan search juga dlm SS, corak yg sudah banyak diupload su...

Pilihan warna popular utk Ilustrasi

Imej
Kepada yg buat ilustrasi di SS, untuk pemilihan warna yg sesuai boleh jadikan website Canva ini sebagai rujukan. Upload imej kita sendiri dan Canva akan syorkan warna yg sesuai jika kita nak buat design seperti corak atau lukisan. Ini website nya - https://www.canva.com/colors/color-palette-generator/ Biasanya warna yg dicadangkan ini adalah hasil dari kajian dan algorithm yg dibangunkan utk membantu pereka grafik. Untuk pengguna PowerPoint, boleh screenshot dan crop color pallete tu dan masukkan dlm slide. Kemudian guna color picker utk gunakan warna tersebut dlm design kita. Nampak mudah tapi harap2 membantu. Semoga bermanfaat.

Contoh pentingnya keyword

Imej
Dalam SS, keyword adalah kunci kepada terjualnya gambar, ilustrasi vector atau video footage anda. Ini kerana pelanggan2 SS (atau mereka yg menggunakan SS utk mencari imej) hanya akan gunakan fungsi search. Hasil carian search adalah bergantung kpd ketepatan dan relevannya keywords. Kalau perkataan2 yg dicari bertepatan dgn keyword makanya imej berkenaan akan dipaparkan di muka pertama dan kedudukan paling atas. Ilustrasi saya yg terjual ini dijumpai kerana 3 keyword - ramadan, pattern dan sketch. Ketiga-tiga perkataan ini bukan sahaja ada di antara 50 keywords yg disetkan, tetapi juga di senarai teratas. Lantaran itu bila di search, ia dipaparkan sebagai imej pertama. Hasilnya - berlakulah pembelian. Sebagaimana yg saya pernah tulis, permintaan imej juga bergantung kpd peristiwa atau musim. Memandangkan bulan Ramadan dah dekat, jadi agensi/individu mencari2 imej bersesuaian utk digunakan dlm artikel, blog, penerbitan dsbnya.  Semoga bermanfaat. 

Tips (?) jika gambar tak approved

Imej
Ada satu misteri atau teka teki dlm komuniti SS - siapakah atau apakah yang membuat kerja menapis gambar2 yang kita upload ? Manusiakah atau komputerkah ? Setakat penyelidikan saya yang ringkas, saya rasa ianya dilakukan oleh manusia. Tetapi kadang2 saya ragu bagaimana manusia ini membuat keputusan begitu cepat dalam sesetengah keadaan. Ada kes di mana gambar yang direject kali pertama, diterima pula bila ianya dihantar untuk kali kedua. Ini menyokong teori bahawa penapisan dilakukan oleh manusia yang mungkin mempunyai emosi tertentu lantaran keputusannya berbeza.  Ada kes dimana gambar direject begitu cepat (hanya dalam beberapa minit) seolah2 ianya kerja komputer yang punyai kemampuan untuk membuat keputusan yang cepat. Saya ada 3 contoh di mana gambar diappoved utk upload kali kedua hanya dengan melakukan perubahan dari segi orientasi gambar berkenaan. 1. Gambar yang mulanya direject sebab masalah fokus, diterima apabila saya flip atau mirror atau tukar orientasnya dari kanan ke...