Gambar yang laku di ShutterStock
Gambar apa yg laku di Shutterstock? Gambar yang ada cerita didalamnya. Tapi pada masa yang sama gambar itu mesti menarik dari segi komposisi, subjek, teknik, pencahayaan, fokus serta warna. Macam mana yang dikatakan gambar yang ada cerita? Gambar yang ada cerita ialah gambar yang ada mesej atau ada sesuatu topik yang hendak disampaikan kepada orang yang melihat. Dan cerita berkenaan mestilah relevan atau berkaitan dengan topik hangat dan semasa dunia. Sebagai contoh gambar sebotol ubat yang berlabelkan 'Vaksin Covid 19' merupakan antara gambar-gambar yang banyak terjual sewaktu wabak Covid 19 mula melanda dan kempen suntikan vaksin giat berjalan. Gambar ini laku kerana ada cerita yang ia boleh sampaikan. Ia menunjukkan apa yang masyarakat dunia nantikan untuk mengatasi wabak yang mengancam hampir seluruh penduduk dunia. Siapa yang beli gambar macam ini? Ianya dibeli oleh penerbit media seperti akhbar, majalah dan juga blog individu atau laman web organisasi yang seumpamanya ...