Macam mana nak mula dgn Shutterstock?

Macam mana nak mula dgn jual gambar di Shutterstock? Pertama sekali mestilah daftar dulu akaun Shutterstock di https://contributor-accounts.shutterstock.com/ sebagai contributor atau penyumbang ya, bukan sebagai pembeli. Tak sama ni. Kemudian buka akaun pembayaran jika belum ada. Buka akaun PayPal kerana duit bayaran akan dimasukkan ke sini. PayPal ni ada lesen daripada Bank Negara Malaysia, jadi boleh terjaminlah keselamatan dia. Akaun PayPal ni boleh juga digunakan untuk dapat duit dari YouTube, Google AdMob / AdSense dan lain2. Bukan untuk dapat duit je, nak buat pembayaran pun boleh. Tapi kena link ke akaun bank tempatan lah. Jadi buka akaun jenis Personal. Item yg diperlukan antaranya ialah email, nombor phone dan maklumat akaun bank. Setelah berjaya buka akaun Pay Pal barulah kita setkan kaedah payment dalam Shutterstock. Lepas tu join lah mana2 FB group Shutterstock di Malaysia untuk mempelajari selok belok menjual gambar di SS. Bila dah join grup, bac...